Pages

30 June 2010

Lama sekian Menyepi Blog ambo nih!!!


Alosla.. lama kan xupdate blog gonih.. malas etek nak update2..tak idea hak bernas pon.. tapi male ni rasa nak muat naik design baju hak kawe buat dulu.. nak buat reference jah ni..



Ni dia yg ke dua design.. ciplak cara pintar..he3..
::Credit tu Mirul::


08 April 2010

Material Kenangan tak leh ditukar ganti



Ini sebenarnya Motor-motorsikal aku yg kedua aku perlolehi sendiri(PTPTN pon jadi ar)..he3.. Ini lah kenderaan yg aku bawak utk pergi kerja kat cyberjaya ulang alik dari putrajaya Persint 9. Memang barang berharga buat diriku ini.. Segenap setahun aku menunggang motor tersebut utk pergi berkerja.

Ini pula kemudian motorsikal yg kedua aku terima selepas kehilangan motor yg amat bernilai buat diriku ini..diriku yg baru mengenali Kuala Lumpur dengan jayanya. Tp boleh dibuat jasa juga dengan kenderaan ini..Terima kasih kepada yg berkenaan.


Ada satu lagi motorsikal kegemaran aku yg xkan ku dilupai. Motor pertama yg aku miliki. Motorsikal Yamaha 110S PCH4462. In Memory Only..

Malam Puisi Riong Anjuran Berita Harian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka




Malam minggu ke 13 bertempat di UTeM melaka ini telah berlaku satu hari Puisi iaitu Malam puisi riong yg mempamerkan karya2 seni sasterawan negara dan sastera2 tempatan menunjukkan puisi2 yg menusuk kalbu setiap penonton di Dewan Besar UTeM yg penuh gemilang.. Dan matlamat aku ingin pergi menceburi malam puisi itu adalah utk mendekatkan diri dengan warisan-warisan melayu yg amat dikenali seluruh dunia..aku hanya reti2 berpuitis pujangga bersendirian sahaja. Tp malam itu aku amat berbangga dapat mendengar puisi2 yg penuh bermakana termasuk Naib Canselor Utem sndiri, Ketua Menteri Melaka Ali Rostam dan ramai lagi... Dan yg cukup membanggakan aku ialah dapat tengok persembahan dari Papa Rock Malaysia iaitu Ramli Sarip yg suara serak2 basak rock gitu..xdapat dilupakan.. Idola Rockers malaysia gitu.. Terima Kasih Utem.. Pengalaman yg memberi kesan kerinduan pada seseorang.. Semoga semua sehat sejahtera..

03 April 2010

Antara Dua Darjat



Dimulakan cerita dengan Bismillah…

Al-kisahnya Disni:

Orang lelaki x jujur, tapi kalau org perempuan sejantina dgn aku yg memuji, aku yakin pujian mereka ikhlas dan jujur. Bukannya ada udang di sebalik batu. sebab itulah aku yakin sebenarnya aku ni cantik dan comel. Anggun dan mampu menghancurluluhkan kaum yg berlainan jenis. Biasalah lelaki,kalau tgk aku tentu mereka membayangkan untuk menikmati tubuh aku yg gebu dan bergetah ini. Apatah lagi aku masih lagi ank dara yg tidak pernah disentuh oleh tgn lelaki. Pandangan mereka tentulah bernafsu melihat aku. Silap hari bulan, mereka sanggup menjadi seorg perogol. Nama pun lelaki,kalau xdpt dengan cara baik,dengan apa cara pon mereka sanggup lakukan. Asalkan dapat melepaskan nafsu dengan menggagahi anak dara secantik aku. Sebab itulah aku sentiasa berhati-hati. Aku tidak akan bersendirian di tempat-tempat sunyi. Sentiasa memastikan tidak ada sesiapa pon yg mengekori aku dan selalu berwaspada. Kata orang, malang tidak berbau. Tapi mereka salah. Sebenarnya kita dapat menghidu bau malang. Apatah lagi aku mempunyai deria bau yang begitu kuat. Aku dapat menghidu sekiranya ada yg ingin menggagahi aku. Sebab itulah aku masih mampu untuk mempertahankan kehormatan yg hanya aku akan serahkan kpd lelaki sejati.

Seperti remaja yg meningkat dewasa, aku pon mempunyai keinginan untuk bercinta dan dicintai oleh kaum yg berlawanan jenis. Walaupon aku anggap lelaki tidak berguna, tetapi takkan aku nk bercinta dgn makhluk yg sama jenis.. Aku x minat untuk menjadi lesbian. Aku tetap dahagakan sentuhan lelaki sejati, lelaki yg memenuhi ciri-ciri yg telah aku tetapkan. Aku akan memilih hanya terbaik. Orang yg mampu untuk membahagiakan aku,bukannya sembarangan lelaki.
Orang yg aku suka tu x jauh tinggal dari aku. Malahan kami tinggal sebumbung. Seorang lelaki yg tumbuh menjadi dewasa. Wajahnya tampan,kacak dan bergaya. Tubuhnya tegap berotot. Dan malu untuk aku katakan sebenarnya aku pernah melihat tubuhnya tanpa mengenakan seurat benang pon. Bukannya aku sengaja, tapi secara tidak sengaja aku melihatnya sedang menanggalkan pakaian tanpa meratap pintu. Terpaksalah aku tengok..huhuhu, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak ada cacat cela.Semuanya sempurna. Malahan ada bahagian tertentu yg terlebih sempurna. Seram juga aku memikirkan tentang malam pertama kami nanti. Ngilu rasanya bila membayangkan bahagian yg tertentu itu.
Sejak itu aku merinduinya. Aku dahagakan belaian manjanya. Dialah pasangan hidup yg akan menerajui kehidupan kami sehingga ke akhir hayat. AKu tidak akn memandang lelaki lain lagi. Hanya dia satu-satunya. kalau tidak dapat berkahwin dengan lelaki itu,aku sanggup membujang sampai tua. Biarlah aku digelar anak dara tua. Aku tidak kisah sangat. Biarlah aku disentuh oleh lelaki. Biarlah nafsu aku pendam seperti mana aku memendam cinta ini.
Namanya Hariff. Bestkan nama dia. Baik orangnya. kalau x baik ,takkanlah aku nk. Kalau dia x pilih aku,meranalah aku. Selalu saja aku dilanda kebimbangan,kalau-kalau ada gadis lain yg berjaya menarik hati Hariff. Beruntunglah gadis itu kerana memiliki bahagian tertentu Hariff yg sungguh sempurna itu. Aku akn merana dan menjadi anak dara tua yang dipandang hina oleh masyarakat.
Suatu hari aku dikejutkan oleh sebuah berita yang membuatkan aku hampir-hampir maut diserang sakit jantung. Tidak pernah aku menduga akan menerima berita yg sungguh menyayat hati. Selama ini aku menyangka Hariff menganggap di antara kami wujud hubungan istimewa. Perbualan yang aku dengar diantara Hariff dan ibunya menghancurkanluluhkan hati aku. Aku benar-benar kecewa.

“Mama… Hariff nk cakap sesuatu.”

“Cakap ajer lar. Macam x biasa plak.Kan mama nie ibu kamu, Hariff.Nak cakap ape pon,boleh.Eh, kamu ni macam malu jer .Mesti ada apa-apa nie.”

“Ya,mama. Tapi mama jangan marah tau!”

Mula-mula aku tenang saja mendengar mukadimah yang langsung tidak menarik perhatian aku tu. Aku tidak menduga baris-baris seterusnya merupakan halilintar yang memusnahkan sebuah cinta agung.

“Sebenarnya Hariff ada sorang kawan.”

“Perempuan?”

“Ya,mama.”

“Kawan istimewa?”

“Ya,ma. Dia baik. Dah dua tahun kami kawan,Hariff rase..rase..”

“Kenapa x kenalkan dengan mama?”

“Hariff malu.Hariff takut mama x suka.”

“Mama x pernah mengongkong Hariff. Soal jodoh mama serahkan kepada Hariff. Mama x kisah macam mana pilihan Hariff sbb mama yakin anak mama dapat membuat pilihan yang terbaik.”

“Ya,mama. Terima kasih.”

“Siapa namanya?”

“Min Tasneem.”

“Amboi,sedapnyer nama!Orang mana?”

“Orang sini juga,mama. Anak Datuk Ayop.”

“Hah!Datuk Ayop,wakil rakyat tu?”

“Ya,mama.”

“Tak ada sebab mama x setuju. Kalau Hariff, sekarang juga mama nk pergi meminang.”


Hariff begitu gembira sedangkan air mata mengalir di pipi. Sebulan kemudian aku melihat Hariff begitu sibuk. Rombongan meminang akan dihantar ke rumah Min Tasneem. Aku begitu cemburu,sakit hati dan kecewa sehingga aku tidak lalu makan. Beberapa hari kemudian aku berasa kurang sihat,badan terasa panas. Suatu petang,Itam datang berkunjung setelah mendapat tahu aku jatuh sakit.
“Kasihan awak ni. Macam mana sampai sakit nie?Orang dalam rumah nie sedang bergembira,awak pula terlantar sakit. Saya tengok tak ada siapa yang pedulikan awak. Kalau macam tu,marilah ikot saya. Saya berjanji akan membahagiakan awak.”
Terkejut aku mendengar kata-kata Itam.Aku memang tahu sudah lama Itam menaruh hati terhadap aku. Tapi aku tak layan sangat. Nama pon Itam.Tak glamer langsong.Badan pula hitam legam. Tak selera aku.


“Kau cakap apa nie?Kau tahu tak aku sedang frust sekarang.kau datang bukan nak bagi semangat, bagi aku sakit hati ader lar.”

“Heh,kau frust dengan saper? Tak tahu plak kau ada boyfriend.”

“Mestilar ader.”

Itam ketawa. Ceh,berani betol dier mentertawakan aku.macamlah aku ni tak layak untuk mempunyai teman lelaki.

“Siapa?”

“Siapa lagi. Kau tak tahu siapa yang paling tampan dalam rumah nie?Harifflah. nak banding ngan ko,jauh sate dari api. Sebab tu lar aku frust skrang nie. Kenapa dia x pilih aku. Aku kan cantik,comel dan mengghairahkan.”

Itam kelihatan seperti mengantok. Sesekali dier menguap. Sengaja buat-buat sedang kebosanan.

“Kau nie knaper? kalau nk menyakitkan hati aku,janganlah datang. Pergi balik.”

“Kasihan kau nie. Memanglah kau cantik,sebab tular aku suka. Aku nk jadikan kau isteri aku. Tapi aku rasa tak jadi. Kensel!”

Cis! Nampaknya Itam berani menghina aku. SAkit hati aku semakin menjadi-jadi.

“Walaupon kau cantik dan mengghairahkan tapi kau sebenarnya masih tak layak jadi bini aku.”

“Jangan nk menghina aku,Itam.Aku lebih dari layak. Cuba kau cakap kenapa aku tak layak? Jangan main cakap ikot sedap mulot jer.”

“Kau cantik,tapi sayang. Otak kau tu biul. Agaknya dah gila. Sedarlah diri, kau tu seekor kucing. Cantik macam mana pon mana boleh kawin ngan manusia. Kau giler ker apa!!”

Lalu aku pon mencakar muka Itam.Melolong Itam kesakitan. Pdan muka, Suka hati akular nk jatuh cinta kat saper pon,manusia ker,jin ker…kan..kan..?

hahaha..lawak-lawak..terguling-guling aku bace..hehehe

cite nih 1100% diamik sendiri kat my myspace blog..huhu

Try

Wordle: UTeM Thinking